alhamdulillah..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya masih di sini*masih boleh merepek..2 yang penting.hehehe..masih diberi peluang untuk menjalani hidup ini..masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi ALLAH ini..masih diberi segala nikmat sebagai hambaNya*brapa banyak masih daaa.hehe..syukur ya ALLAH..indahnya hidup ini..rasa macam nak camni ja sampai bila-bila tapi sesungguhnya hidup ini hanya satu persinggahan..bukannya destinasi..jauh lagi perjalanan..banyak lagi perhentian yang akan dilalui..penuh dengan onak duri dugaan dan cubaan yang perlu dihadapi..tiada siapa tahu bagaimanakah kesudahan cerita di sebalik liku-liku yang diharungi..selagi kita di muka bumi ini..selagi itulah kita perlu mengharungi suka duka sebuah kehidupan..mungkin bukan itu yang kita nak dalam sebuah kehidupan tapi kita perlu menerima apa yang telah ditakdirkan untuk kita..

Sesungguhnya ALLAH itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani..tiada satu pon yang Dia berikan kepada kita tanpa ada tujuan..setiap yang berlaku ke atas hamba-Nya mengandungi hikmah-hikmah yang kita sendiri kadang kala terlepas pandang..mungkin kita lalai dalam menjalankan tugas sebagai hambaNya..jadi ALLAH turunkan dugaan supaya kita mengingati-Nya..walau kita seringkali melupakanNya tapi Dia tidak pernah melupakan kita..mungkin apa yang ditakdirkan untuk kita tidak seperti yang kita mahu tapi sedarlah bahawa ada orang lain yang lebih teruk takdirnya dari kita..

Bersyukur la di atas apa yang telah dikurniakan..jika itulah yang tertulis sebagai takdir..terimalah seadanya..belajarlah untuk menerima setiap yang berlaku itu dengan hati yang terbuka..berdoa la mudah-mudahan kita berada dalam golongan yang sentiasa dipeliharaNya.amin..




4 comments:

Z.u.r.a and I.w.a.n November 4, 2009 at 5:40 PM  

betui2 tu yati, idup ni satu persinggahan, semua yg idup di muka bumi ni mempunyai dugaan masing2 kan...sgghnya dugaan yg kita hadapi tu mempunyai hikmah sebaliknya...

apa2 pon kita redha dan terima, sabar dgn semua dugaan itu...Allah Maha Adil...Dia tak kan beri ujian kpd hambanya di luar kemampuan kite...

Yati Lee November 5, 2009 at 9:43 AM  

zura@iwan

sokong 200%..kita ni yg kna kuat kn..klu xkuat 2 yg jadi mcm2..mdh2an ALLAH snts memberkati hidup kita.amin..

wantie November 5, 2009 at 2:08 PM  

terima seadanya- mengapa kita tak kaya? mungkin kalau kita kaya kita jadi sombong dan lupa diri...

Mengapa kita tak cantik? mungkin kalau kita cantik kita akan jadi rosak atau merosakkan org lain juga..

makanya bersyukurlah di atas pemberian Allah di alam persinggahan ini..

Yati Lee November 6, 2009 at 3:27 PM  

wantie

btoi..btoi..ada hikmah di sebalik suma yg Dia takdirkn..alhamdulillah..

..Tuan Rumah..

My photo
Menjalankan bisnes online menjual barangan Tupperware Brands yang sangat menarik pada harga yang berpatutan..jika ada yang berkenan di hati dapatkannya dengan segera..kami sedia menerima tempahan..

..Followers..

..Jom Sembang..


ShoutMix chat widget

..Award..

..Award..